Pakatan Sasar Kaum India Sebagai Pengundi Hantu

Pakatan Rakyat terutamanya kaum Cina dalam DAP sekarang ini mensasarkan kaum India Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu untuk ditangkap sebagai pengundi hantu. Modus Operandi mereka ialah berbual seperti orang biasa terlebih dahulu. 

Apabila mereka mendapat ada antara kaum India yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan fasih, mereka akan mula menggunakan telefon bimbit dan merakam kejadian. Mereka juga mensasarkan ramai pengundi kaum India yang sebelum ini ditanggal di estet-estet pada tahun 60-an dan 70an yang tidak mendapat suntikan BCG. 

Taktik mereka ini ialah wujudkan kekecohan dan serahkan kepada Polis seolah-olah individu terbabit merupakan warganegara asing. 

KES 1 

Setakat ini dua kes kekecohan yang berlaku terbukti ia sengaja diwujudkan tanpa asas. Satu kes di Cheras, Polis dan JPN mendapati individu terbabit sememangnya warganegara Malaysia. Malah ibu bapanya juga merupakan warganegara Malaysia. 

 

Sementara kes yang kedua, Cybertrooper DAP telah merakamkan kes salah identifikasi Kaum India tetapi masih tidak mahu mengaku salah.

 

Inilah muka yang tidak tahu malu menghina kaum India di Malaysia.