Putrajaya: Ku Nan Mendahului Husam Musa

Sehingga Jam 1 petang ini, hampir 65% pengundi Putrajaya telah keluar mengundi. Parlimen Putrajaya memperlihatkan pertandingan 1 lawan 1 antara BN dengan Pas. BN diwakili oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, manakala Husam Musa mewakili Pas.

Menurut pemerhatian yang dibuat berdasarkan kunjungan pengundi di tempat BN dan Pakatan sebelum memasuki pusat pengundian, Ku Nan setakat ini dijangka mendahului dengan 7 ribu undi berbanding Husam sekitar 3,000 undi.