Maklumat dan Laporan Terkini PRU 13


Dapatkan Laporan Terkini Keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13 di www.pru-13.appspot.com

Portal MYKMU boleh diakses di http://webtv.mykmu.net/


Pengundi Hantu Episod 4: Jabatan Pendaftaran Negara Sahkan Kerakyatan Seorang Lelaki India Yang Dituduh Bangla

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu pda laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai 'Bangla' dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Untuk makluman, semakan pada rekod jabatan ini mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang. Salah tanggapan telah timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupaparas fizikalnya.

Ingin ditegaskan bahawa status kewarganegaraan seseorang individu tersebut adalah ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu tersrbut dilahirkan dan bukannya berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan.

Sehubungan dengan itu JPN menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa. Sebaliknya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mengwujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Sekian terima kasih.