Maklumat dan Laporan Terkini PRU 13


Dapatkan Laporan Terkini Keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13 di www.pru-13.appspot.com

Portal MYKMU boleh diakses di http://webtv.mykmu.net/


61% Rakyat Malaysia Percaya Najib Lakukan Terbaik - Merdeka Center

Mengikut kajian Merdeka Center


BN Kekurangan 4 Kerusi Untuk Majoriti 2/3, Pulau Pinang dan Selangor Dijangka Kalah

Oleh Ab Jalil Backer (mykmu.net)

Barisan Nasional dijangka menang 144 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada Ahad ini. Jika jumlah ini menjadi kenyataan bermakna kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekurangan 4 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen.

Menurut sumber dalaman UMNO, Kaji selidik yang dijalankan ke atas hampir 11 juta orang dalam tempoh seminggu lalu oleh Pasukan Kaji Selidik Khas UMNO, mendapati sokongan kaum Bumiputera kepada BN akan meningkat sebanyak 15% berbanding pilihan raya lalu. Bagi undi kaum India, sokongan kepada BN sebanyak 65%. Manakala Undi kaum Cina hanya sekitar 15%.
 
BN dijangka kalah di kawasan-kawasan pengundi Cina dan India melebihi 60%. Selain itu, beberapa kerusi Parlimen milik BN sebelum ini akan hilang kepada Pas, DAP dan PKR. BN dijangka akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen bukan Melayu di Johor, Sabah dan Sarawak.

Menang di Kelantan dan Kedah

Selain itu, BN dijangka merampas kembali Kedah dan Kelantan yang memmpunyai banyak kerusi pengundi Melayu dengan majoriti mudah. BN dijangka akan menang di Kedah dengan lebih mudah berbanding Kelantan.

Sungguhpun kaji selidik terbabit mendapati BN akan menang di Kelantan, namun faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa diambil kira. Pas dijangka akan menggunakan sentimen emosi dan rayuan menjaga maruah Nik Aziz sebagai langkah terakhir menarik sokongan pengundi atas pagar. Ini merupakan cabaran terbesar BN Kelantan menjelang beberapa hari lagi sebelum pengundian.

BN Perak Kembali Kukuh

Sungguhpun banyak diperkatakan mengenai kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Perak dijangka akan kembali menjadi kubu kuat BN. Walaupun sukar untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP, BN Perak dijangka mengekalkan dua kerusi pemimpin MCA di Lumut dan Tanjung Malim. Selain itu, BN Perak juga dijangka merampas kembali kerusi Sungai Siput yang ditandingi oleh MIC.

BN Kalah Di Dua Negeri?

Kaji selidik terbabit juga mendapati Pakatan dijangka akan terus menguasai Pulau Pinang dan Selangor. Di Selangor sungguhpun kaji selidik mendapati ada perubahan sokongan kepada BN berbanding pilihan raya lalu, namun perubahan tersebut belum mencukupi untuk membolehkan BN membentuk kerajaan. Beberapa
perselisihan dalaman parti dan isu calon telah menyebabkan usaha menawan kembali Selangor agak sukar.

Namun keadaan boleh berubah dalam beberapa hari lagi jika beberapa isu tempatan dapat di atasi. Mana-mana parti yang menang di Selangor akan membentuk majoriti tipis. BN Selangor dijangka merampas kembali Parlimen Shah Alam dan Ampang, namun beberapa Parlimen lain yang dijangka menang sebelum ini agak goyah termasuk Parlimen Sepang, Pandan dan Hulu Selangor.

Sementara di Pulau Pinang, Barisan Nasional hampir pasti akan kalah seperti mana dalam pilihan raya lalu. Faktor sokongan kaum Cina kepada DAP yang begitu kuat menyukarkan usaha BN mengurangkan kerusi Pakatan. Bagaimanapun beberapa kerusi di kawasan majoriti Melayu akan kembali ditawan oleh BN.

Kaji selidik juga mendapati BN mempunyai peluang cerah untuk menang tipis di Permatang Pauh. Jumlah majoriti yang akan dimenangi oleh BN atau Pakatan di kawasan ini dianggap sekitar 500 undi penentu. Masalah di Permatang Pauh ialah pengguguran Dato Arif Shah, wakil rakyat BN yang agak popular di Seberang Jaya.

Menurut sumber dalaman UMNO, kaji selidik ini merupakan kaji selidik paling terperinci pernah dilakukan dan mengambil kira beberapa faktor pemboleh ubah, isu tempatan, isu selepas penamaan calon dan respondan yang begitu besar.