Maklumat dan Laporan Terkini PRU 13


Dapatkan Laporan Terkini Keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13 di www.pru-13.appspot.com

Portal MYKMU boleh diakses di http://webtv.mykmu.net/


BN Bentuk Kerajaan Negeri di Perlis, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan

Barisan Nasional telah berjaya memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Keputusan tidak rasmi BN mendahului 13 kerusi di Perlis, Kedah 20 kerusi, Negeri Sembilan 19 dan Perak 33 kerusi.

Putrajaya Milik BN

Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) mengalahkan Husam Musa (PAS) dengan majoriti lebih 5,000

Anwar Sudah Gila Isytihar Menang Jam 7 Malam

Kegilaan Pemimpin umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim makin menjadi-jadi apabila beliau mengisytiharkan telah menang ketika peti undi baru sejam dibuka. Setakat ini kawasan paling sedikit pengundi, Parlimen Putrajaya, yang mempunyai 16 ribu pengundi pun belum separuh undi yang telah dibuka dan dikira. Jadi bagaimana Anwar boleh membuat keputusan Pakatan telah menang pada Jam 7 malam? Inilah masalahnya jika terlalu sangat hendak jadi Perdana Menteri sehingga tidak lagi beoleh berfikir dengan baik. Anwar juga telah memanggil sidang akhbar malam ini jam 9 malam di One World Hotel untuk mengisytiharkan kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat. Kasihan Anwar Ibrahim. Makin lama, makin gila.

Pengundian Tamat, Putrajaya Hampir Pasti Milik BN

Tempoh pengundian telah berakhir sebentar tadi tepat jam 5 petang. Dijangkakan menjelang jam 10 malam ini akan Barisan Nasional akan membetuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah, di samping mengambil alih Kedah.

Bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijangka mengekalkan kerusi. Dengan jumlah 16 ribu pengundi berdaftar, BN Putrajaya telah pun mempunyai penyokong tetap sekitar 8,000 orang dan kesemua mereka telah keluar mengundi. Ini meyakinkan kem BN bahawa Tengku Adnan mempunyai jumlah undi yang cukup. Hanya soal berapa majoriti akan menjadi pertaruhan. 

Anggaran awal ialah Ku Nan akan mendapat majoriti sekitar 7 ribu undi.

Pengundi Hantu Episod 5: Nasib Malang Seorang Anak Angkat Berketurunan India


Pengundi Hantu Episod 4: Jabatan Pendaftaran Negara Sahkan Kerakyatan Seorang Lelaki India Yang Dituduh Bangla

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu pda laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai 'Bangla' dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Untuk makluman, semakan pada rekod jabatan ini mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang. Salah tanggapan telah timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupaparas fizikalnya.

Ingin ditegaskan bahawa status kewarganegaraan seseorang individu tersebut adalah ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu tersrbut dilahirkan dan bukannya berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan.

Sehubungan dengan itu JPN menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa. Sebaliknya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mengwujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Sekian terima kasih.

Pengundi Hantu Episod 3: Ahli Keluarga Buat Laporan Polis




Ahli keluarga lelaki ini yang dituduh pengundi hantu muncul di Balai Polis Cheras untuk membuat laporan Polis terhadap insiden DAP menangkap anak mereka ini:

Pengundi Hantu Episod 2 - Lagi Kisah Bohong Pakatan Rakyat

Tolong baca komen dalam imej ini:


Putrajaya: Ku Nan Mendahului Husam Musa

Sehingga Jam 1 petang ini, hampir 65% pengundi Putrajaya telah keluar mengundi. Parlimen Putrajaya memperlihatkan pertandingan 1 lawan 1 antara BN dengan Pas. BN diwakili oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, manakala Husam Musa mewakili Pas.

Menurut pemerhatian yang dibuat berdasarkan kunjungan pengundi di tempat BN dan Pakatan sebelum memasuki pusat pengundian, Ku Nan setakat ini dijangka mendahului dengan 7 ribu undi berbanding Husam sekitar 3,000 undi.

Pakatan Sasar Kaum India Sebagai Pengundi Hantu

Pakatan Rakyat terutamanya kaum Cina dalam DAP sekarang ini mensasarkan kaum India Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu untuk ditangkap sebagai pengundi hantu. Modus Operandi mereka ialah berbual seperti orang biasa terlebih dahulu. 

Apabila mereka mendapat ada antara kaum India yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan fasih, mereka akan mula menggunakan telefon bimbit dan merakam kejadian. Mereka juga mensasarkan ramai pengundi kaum India yang sebelum ini ditanggal di estet-estet pada tahun 60-an dan 70an yang tidak mendapat suntikan BCG. 

Taktik mereka ini ialah wujudkan kekecohan dan serahkan kepada Polis seolah-olah individu terbabit merupakan warganegara asing. 

KES 1 

Setakat ini dua kes kekecohan yang berlaku terbukti ia sengaja diwujudkan tanpa asas. Satu kes di Cheras, Polis dan JPN mendapati individu terbabit sememangnya warganegara Malaysia. Malah ibu bapanya juga merupakan warganegara Malaysia. 

 

Sementara kes yang kedua, Cybertrooper DAP telah merakamkan kes salah identifikasi Kaum India tetapi masih tidak mahu mengaku salah.

 

Inilah muka yang tidak tahu malu menghina kaum India di Malaysia.




BN Dijangka Menang 139 Kerusi Parlimen

Kajian terbaru sebelum hari pengundian mendapati BN akan menang dengan sekurang-kurangnya 139 kerusi. Bergantung kepada beberapa faktor lain seperti peratusan keluar mengundi kebih 85% mungkin akan membantu BN mendapat sehingga 148 kerusi, majoriti 2/3.

Berikut ialah senarai kawasan Parlimen yang dijangka akan dimenangi oleh Barisan Nasional hari ini.