Maklumat dan Laporan Terkini PRU 13


Dapatkan Laporan Terkini Keputusan Pilihan Raya UMUM ke 13 di www.pru-13.appspot.com

Portal MYKMU boleh diakses di http://webtv.mykmu.net/


Analisis PRU 13 (2) - Keputusan Yang Anti-Bumiputera, Kita Menanti Tindakan Mohd Najib

Supremo Parti Tindakan Demokratik, (DAP), Lim Kit Siang, menyatakan bahawa keputusan ini tidak harus dilihat sebagai keputusan perkauman oleh orang Cina. Kit Siang cuba menunjukkan keputusan pilihan raya ini merupakan kehendak rakyat Malaysia semata tanpa mahu isu kaum Cina.

Sebenarnya Lim Kit Siang tidak boleh menolak hakikat bahawa ini adalah keputusan politik kaum Cina menolak dominasi politik bumiputera, Islam dan Melayu. Apakah orang Cina akan menyokong Pakatan jika Hadi Awang dinamakan bakal Perdana Menteri Malaysia untuk Pakatan? Tidak! 

Jutaan pengundi Cina membuat keputusan mengundi DAP, PKR dan Pas kerana DAP dan Anwar Ibrahim menjanjikan kesamarataan, penghapusan keistimewaan bumiputera dan menjatuhkan kuasa politik terpenting Bumiputera dan Melayu iaitu UMNO.

Tujuan orang Cina hanyalah untuk menjatuhkan UMNO yang telah selama 55 tahun "menindas" mereka dengan memberi pelbagai keistimewaan kepada bumiputera. Sebab itu kita lihat di kawasan-kawasan majoriti Cina, DAP akan menang dengan puluhan ribu undi. 

Jika parti, calon dan khidmat wakil rakyat yang dijadikan alasan pemilihan tentulah pemimpin MCA seperti Datuk Seri Kong Chong Ha tidak tewas di Lumut. Apakah bentuk perkhidmatan dan pertolongan yang tidak diberikan kepada kaum Cina oleh Kon Chong Ha dan Datuk Seri Zambry Kadir. Tapi, kerana mahukan menjatuhkan UMNO mereka memilih untuk "membelasah" Kong Chong Ha.

Kita ambil contoh di DUN Sekinchan, Sungai Besar, Selangor. Apa yang Barisan Nasional tidak bantu mereka selama 5 tahun ini? Sekolah Cina? Bot nelayan? bantuan kebajikan? Malah bila mereka minta cina tempatan sebagai calon juga BN berikan. Akhirnya apa balasan mereka? Mereka beri undi kepada DAP dengan jumlah lebih besar walaupun ADUN Sekinchan Ng Sue Lim tidak memberi apa-apa bantuan kepada mereka.

Jentera DAP juga bertindak seperti kongsi gelap menahan orang bukan Cina yang hendak mengundi atas alasan mereka Bangladesh, Indonesia dan India. Mengapa mereka tidak pernah menahan seorang pun Cina yang cuba mengundi. 

Berpuluh ribu Cina tidak boleh berbahasa Melayu tetapi tidak seorang pun ditahan kerana disyaki pengundi hantu. Hakikatnya begitu ramai Cina dari Tanah Besar Cina berada di Malaysia bekerja sebagai tukang urut, pelacur, pembantu rumah apakah tidak mustahil mereka ini pengundi hantu jika benar ada "hantu" boleh mengundi? 

Mereka menyasarkan kaum lain kerana mereka tahu pilihan raya kali ini membabitkan pertentangan antara kepentingan Cina menentang kepentingan Islam dan Bumiputera.




Semua undi Cina pergi kepada PKR dan DAP. Tidak banyak yang mengundi Pas biar pun mereka di dalam Pakatan. Sebab itu Pas kalah banyak kerusi. 

Sebab apa pengundi Cina tidak undi Pas tetapi undi PKR dan DAP? Sebab mereka melihat Pas seperti UMNO sahaja. Jika Pas dapat kerusi lebih mereka akan berhadapan masalah dan boleh menjejaskan agenda politik Cina mereka.

Kit Siang akan mendakwa Cina menolak BN kerana rasuah, korupsi dan menindas kaum lain. Kita akan kata kepadanya "uncle Kit! F U." Kalau cina tolak BN kerana rasuah, kerana menindas, kerana penyelewengan mengapa setiap kali kita anjur program berpuluh ribu cina datang? Kalau tidak suka mengapa mahu datang? Jika ini kerajaan rasuah, korup dan seleweng kenapa makan bila kita buat program?


Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO di sini hari ini berkata, BN Selangor meramalkan kemenangan di banyak kerusi.
"Sebelum ini program-program BN buat untuk masyarakat Cina mendapat kehadiran amat luar dugaan, kita sasarkan kehadiran 5,000 tetapi yang datang sehingga 10,000 orang.
"Waktu berkempen kehadiran pengundi-pengundi masyarakat Cina pada dasarnya seperti menyokong program BN begitu baik sekali," kata Noh.
Bagaimanapun menurut beliau, pada hari pilihan raya semalam, BN Selangor tidak mendapat undi seperti yang diharapkan.
"Contohnya di bahagian saya walaupun majoriti saya meningkat berbanding 2008, begitu juga DUN Parlimen Tanjung Karang, tapi kami kalah teruk di kawasan majoritinya pengundi Cina. Tak ada satu peti undi pun kita menang di kawasan pengundi Cina.
"Tak ada satu pun yang saya tidak tolong kepada masyarakat Cina. Kita terkejut kita kalah banyak terutama di peti-peti undi Cina." kata Noh.
Kita kalau benar kita benci orang kerana rasuah, kerana seleweng, kerana zalim tentulah kita tidak akan minta tolong, tidak akan datang majlis dan tidak akan salam dengan orang yang kita benci ini. 

Skandal rasuah Selangor dalam 4 tahun Pakatan jauh lebih besar daripada tuduhan terhadan BN Selangor sejak 50 tahun lalu. Tanah negeri habis menjadi lombong pasir, syarikat-syarikat kerajaan negeri sedang mengadakan REIT bagi menuntungkan ahli politik, skandal Talam hampir RM 1 bilion dalam masa dua tahun. Inikah yang dikatakan Cina benci rasuah? bullshit!

Tidak! Cina tidak benci Noh Omar. Cina tidak benci BN. Tapi Cina sudah ada agenda mahu tukar kepimpinan yang jaga kepentingan bumiputera, Melayu dan Islam kepada kepimpinan Melayu yang diragui moralnya, yang telah melacurkan agama Islam danhak bumiputera. 

Yang tinggal hari ini ialah kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib TUn Razak untuk membuktikan bahawa beliau bersedia membuat perubahan dan memberi keutamaan kepada mereka yang menyokong dasar dan kepimpinan beliau.

Najib mempunyai sehingga September ini untuk membuktikannya! Orang Melayu dan Bumiputera lain mahukan sesuatu yang lebih atas jasa mereka mengekalkan BN dan Najib di persada kuasa. 

Ini bukan rasis! Dalam politik pihak yang menang harus untung lebih. Bumiputera sama ada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak telah membuat keputusan menyokong BN. Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dan Melayu luar bandar membuktikan sokongan kepada BN.

Sekarang kita menanti kesetiaan Mohd najib kepada kita. Jika Pakatan menang pun tempoh hari tentulah kaum Cina yang mendapat untung besar seperti mana berlaku di Selangor. Justeru kaum bumiputera juga berhak untung besar atas kesetiaan mereka ini.

Analisis PRU-13 (1): Muhasabah Mesti Dari Atas

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)
(*Pandangan ini mungkin sekadar pandangan daripada seorang ahli UMNO biasa yang tidak mempunyai akses menyeluruh kepada jentera parti. Apa yang dinyatakan datang dari pemerhatian bukan penyelidikan. Justeru ia sekadar pandangan. Ini boleh jadi benar dan boleh jadi salah!)

Keputusan Pilihan Raya UMUM ke-13 yang diumumkan semalam bukanlah sesuatu yang mengejutkan seperti yang cuba digambarkan oleh beberapa pihak. Adalah merupakan fenomena global untuk sesebuah kerajaan dalam bentuk demokrasi ala Britain ini tidak memperolehi kerajaan majoriti 2/3. Ia bersangkutan soal masyarakat yang semakin terpisah, berpecah, tiada tolak ansur dan nihilis. 

Sudah hampir pupus kerajaan yang memerintah dengan majoriti 2/3. Namun ia bukanlah satu yang boleh memberi keselesaan atau kegirangan kepada kepimpinan Barisan Nasional. Mana-mana parti harus berusaha mendapatkan majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan yang  stabil. Dalam makna inilah kepimpinan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bergerak seperti mesin yang tidak kenal penat siang dan malam untuk menarik sokongan rakyat.

Saya pernah menyatakan bahawa ketika mengambil alih UMNO dan Negara, Mohd Najib umpama "orang lemas yang cuba mencapai apa-apa sahaja." Boleh dikatakan setiap cadangan yang dicadangkan kepada beliau akan dilakukan segera sekiranya beliau percaya boleh membawa sokongan positif kepada BN. 

Saya pernah berbicara, melihat dan memerhati tiga Perdana Menteri, saya fikir Mohd Najib merupakan Perdana Menteri paling cepat memberi tindak balas yang bersifat politik. Dalam masa yang sama beliau menjadi terbuka dan membenarkan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan yang pro-BN dan pro- Pakatan bermaharajalela tanpa mempedulikan keharmonian dan keamanan negara.

Mohd Najib cuba melayan dan memenuhi tuntutan Perkasa, Hindraf, Dong Jia Zhong dan  BERSIH. Secara teorinya, langkah Mohd Najib ini merupakan langkah popular dan boleh membantu kemenangan BN. 

Namun kerana terlalu banyak menerima dan melaksanakan apa sahaja cadangan yang beliau anggap boleh menarik sokongan kepada BN, Mohd Najib berhadapan dengan satu persepsi baru. Beliau dilihat lemah dan terdesak untuk menang dalam pilihan raya. Ini mendedahkan dirinya kepada ugutan politik kawan dalan lawan dan mengurangkan keyakinan orang ramai sama ada BN akan menang atau tidak dalam pilihan raya. 

Kepimpinan Pra dan Pasca 2008

Mohd Najib berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara dan parti. Sama ada beliau sedar atau tidak bahawa penolakan terhadap BN  pada 2008 disebabkan oleh kepimpinan lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan polisi-polisi yang tidak disukai rakyat walaupun mungkin baik dari segi teori. 

Mohd Najib mempunyai aura dan imej kepimpinan yang lebih baik daripada Abdullah dalam beberapa segi. Beliau dilihat lebih kotemporari, mempunyai kebijaksanaan pentadbiran dan menguasai isu-isu semasa yang lebih baik.

Namun di hati kecil ramai orang, kepimpinan Najib tidak banyak berbeza dengan beberapa hal membabitkan persepsi. Orang Melayu masih tidak merasai terdapat perubahan besar dalam agenda Melayu dan Islam. Orang Cina masih merasakan mereka boleh mengugut BN dan orang India masih menjadi lalang.

Seorang pemimpin UMNO bertanya saya, "Apakah yang tidak kena lagi? Najib telah melakukan bermacam perkara dalam tempoh 3 tahun ini. Jika dulu kita seperti naik keretapi arang, sekarang kita macam naik keretapi elektrik. Tapi orang masih tidak mengundi kita."

Jawapan saya ialah, jika Mohd Najib tidak melakukan semua ini kita mungkin akan kalah teruk lagi atau hilang terus kuasa. Jadi apa yang Mohd Najib lakukan ini mempunyai kesan yang sangat baik tetapi tidak cukup besar untuk mengubah persepsi.

Namun pertanyaan itu sangat relevan dan signifikan. Memang Najib melakukan bermacam-macam perkara. Terlalu banyak yang dibuat, dilancarkan dan dirancang sehinggakan rakyat sendiri pun sudah keliru dan tidak sempat memahami segala pengumuman yang dibuat. Akhirnya kerana terlalu banyak yang dilontarkan, rakyat sudah tidak merasa apa-apa makna lagi. 

Kerajaan bercakap soal transformasi, ETP, GTP, Rakyat berpendapatan tinggi, pembanterasan rasuah, kenaikan gaji sektor awam, gaji minimum dan sebagainya. Namun rakyat bercakap soal tarif elektrik, harga barang, harga kereta, kadar faedah, pinjaman pengajian yang lebih baik dan kualiti kehidupan. 

Apa yang Mohd Najib lakukan baik tetapi tidak seiring dengan apa yang kumpulan pendapatan rendah dan menengah harapkan.

Para Menteri Kabinet juga tidak banyak membantu Mohd Najib. Isu kalimah Allah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengurusan Pasukan Keselamatan, dan cara kerajaan menangani hal-hal membabitkan keamanan, keselamatan dan badan bukan kerajaan menimbulkan pergolakan emosi dan hilang kepercayaan di kalangan penyokong tradisonal UMNO.

Faktor Orang Sekeliling

Antara punca kemarahan ramai orang kepada Pak Lah ialah faktor orang terdekat. Jika Pak Lah menjadi mangsa kerana kemarahan orang terhadap Khairy, Kamaluddin dan Kalimullah, Mohd Najib akan berhadapan dengan perkara yang sama jika ia dibiar berlarutan.

Ramai orang sudah melihat bahawa terdapat pembabitan aktif ahli keluarga Najib dalam hal-hal membabitkan politik dan pentadbiran.

Sama ada suka atau tidak, terdapat banyak kumpulan yang percaya Datin Seri Rosmah terbabit dalam membuat pelbagai keputusan parti dan kerajaan. Ia boleh jadi hanyalah fitnah dan persepsi buruk semata. Namun fitnah dan persepsi buruk ini sukar dikikis dan boleh menjadi barah jika tidak dibetulkan.

Kita tidak boleh menyalahkan Rosmah atas persepsi negatif ke atasnya. Manusia yang mahu berfikiran negatif akan sentiasa mencari keburukan orang. Walaupun terdapat ribuan program membantu masyarakat yang dibuat oleh Rosmah, namun persepsi buruk juga yang dikatakan orang. 

Bagaimanapun kita harus menguruskan persepsi. Pendedahan media yang keterlaluan terhadap Datin Seri memberi kesan yang agak negatif imej beliau terhadap rakyat.  Beliau boleh sahaja melakukan pelbagai program masyarakat tanpa muncul secara keterlaluan dalam media massa.

Namun apabila sering terdedah kepada media, rakyat melihat beliau antara orang yang berkuasa, ini sekaligus membenarkan persepsi-persepsi negatif yang diwujudkan parti lawan ke atas beliau. 

Selain itu, Mohd Najib juga dilihat membelakangi parti apabila meletak terlalu banyak para pegawai pejabat Perdana Menteri menjadi calon pilihan raya walaupun tanpa merit. Ini telah menimbulkan rasa kurang senang aktivis parti. 

Sama ada suka atau tidak, ramai yang bercakap relevan apa Mohd Najib meletakkan Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah bertanding di Wangsa Maju yang merupakan kerusi MCA. Ini khabarnya menjadi pertikaian MCA Wangsa Maju. Demikian juga dengan meletakkan Datuk Shahlan di Pokok Sena, Datuk Fatmi di Kota Bharu, Irmohizam di Kuala Selangor, Suffian Awang di Kuantan dan Latt Shariman di Kubang Rotan. 

Kempen Ala Presiden Amerika Syarikat

Jika dilihat sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu, kempen terlalu difokuskan kepada imej Mohd Najib bukannya parti. Ramai pemimpin diperingkat bawah tidak diangkat dan ditonjolkan sebaik mungkin ini menyebabkan BN tidak lagi dilihat sebagai sebuah jentera yang kuat. 

Sebaliknya sepanjang tempoh tiga tahun lalu, kita digambarkan seolah-olah ini pilihan raya "one man show". Semuanya berkenaan Najib Razak. Jenama Najib Razak mengtasai jenama BN. Apabila pilihan raya, BN yang dipertaruhkan bukan Najib Razak. Ini hakikat yang perlu disedari. 


Kesimpulan

Hakikat bahawa terdapat kelemahan-kelemahan Mohd Najib bukan bermakna beliau seorang pemimpin yang lemah. 

Sebagai pemimpin yang mewarisi parti dan negara dalam keadaan lemah, Mohd Najib telah melakukan yang terdaya untuk memulihkan sokongan dan membetulkan jentera parti dan pentadbiran. 

Perjalanan ini memerlukan masa untuk berjaya. Najib berada dilandasan yang betul untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN. Namun ini hanya akan terjadi jika Najib sendiri bersedia membetulkan gaya kepimpinannya terlebih dahulu.


Sama ada Kabinet atau Pejabat Perdana Menteri, Mohd Najib perlu memilih mereka yang boleh bekerja, boleh berfikir dan ada kekuatan politik, bukannya kerana orang itu ada pertalian keluarga atau penyokong kuatnya.

Mohd Najib juga sudah boleh tahu apa nasihat yang betul dan apa yang nasihat yang salah yang diberikan oleh orang sekelilingnya. Jadi beliau sudah tahu siapa yang layak untuk membantu beliau dalam pusingan kedua pentadbirannya.

Selamat Bertugas Dato' Sri!


Laporan Tidak Rasmi PRU 13 - BN: 132 Kerusi / Rasmi 105 (12.35 a.m)

Esok DS Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.


<h1>Lain Kalilah! Anwar!</h1>

Laporan Tidak Rasmi PRU 13 - BN: 132 Kerusi / Rasmi 105 (12.35 a.m)

Tidak Rasmi:
  • Liow Tiong Lai Menang di Bentong
  • Saifuddin Abdullah Kalah di Temerloh 
  •  BN Pulau Pinang menguasai semua DUN dan Parlimen Balik Pulau. - 
  • Anuar Musa Menang Parlimen Ketereh - 
  • Johari Baharom menang di Kubang Pasu. 
Barisan Nasional telah berjaya memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Keputusan tidak rasmi BN mendahului 13 kerusi di Perlis, Kedah 20 kerusi, Negeri Sembilan 19 dan Perak 33 kerusi.

BN Bentuk Kerajaan Negeri di Perlis, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan

Barisan Nasional telah berjaya memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Keputusan tidak rasmi BN mendahului 13 kerusi di Perlis, Kedah 20 kerusi, Negeri Sembilan 19 dan Perak 33 kerusi.

Putrajaya Milik BN

Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) mengalahkan Husam Musa (PAS) dengan majoriti lebih 5,000

Anwar Sudah Gila Isytihar Menang Jam 7 Malam

Kegilaan Pemimpin umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim makin menjadi-jadi apabila beliau mengisytiharkan telah menang ketika peti undi baru sejam dibuka. Setakat ini kawasan paling sedikit pengundi, Parlimen Putrajaya, yang mempunyai 16 ribu pengundi pun belum separuh undi yang telah dibuka dan dikira. Jadi bagaimana Anwar boleh membuat keputusan Pakatan telah menang pada Jam 7 malam? Inilah masalahnya jika terlalu sangat hendak jadi Perdana Menteri sehingga tidak lagi beoleh berfikir dengan baik. Anwar juga telah memanggil sidang akhbar malam ini jam 9 malam di One World Hotel untuk mengisytiharkan kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat. Kasihan Anwar Ibrahim. Makin lama, makin gila.

Pengundian Tamat, Putrajaya Hampir Pasti Milik BN

Tempoh pengundian telah berakhir sebentar tadi tepat jam 5 petang. Dijangkakan menjelang jam 10 malam ini akan Barisan Nasional akan membetuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah, di samping mengambil alih Kedah.

Bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijangka mengekalkan kerusi. Dengan jumlah 16 ribu pengundi berdaftar, BN Putrajaya telah pun mempunyai penyokong tetap sekitar 8,000 orang dan kesemua mereka telah keluar mengundi. Ini meyakinkan kem BN bahawa Tengku Adnan mempunyai jumlah undi yang cukup. Hanya soal berapa majoriti akan menjadi pertaruhan. 

Anggaran awal ialah Ku Nan akan mendapat majoriti sekitar 7 ribu undi.

Pengundi Hantu Episod 5: Nasib Malang Seorang Anak Angkat Berketurunan India


Pengundi Hantu Episod 4: Jabatan Pendaftaran Negara Sahkan Kerakyatan Seorang Lelaki India Yang Dituduh Bangla

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu pda laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai 'Bangla' dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Untuk makluman, semakan pada rekod jabatan ini mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang. Salah tanggapan telah timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupaparas fizikalnya.

Ingin ditegaskan bahawa status kewarganegaraan seseorang individu tersebut adalah ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu tersrbut dilahirkan dan bukannya berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan.

Sehubungan dengan itu JPN menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa. Sebaliknya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mengwujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Sekian terima kasih.

Pengundi Hantu Episod 3: Ahli Keluarga Buat Laporan Polis




Ahli keluarga lelaki ini yang dituduh pengundi hantu muncul di Balai Polis Cheras untuk membuat laporan Polis terhadap insiden DAP menangkap anak mereka ini:

Pengundi Hantu Episod 2 - Lagi Kisah Bohong Pakatan Rakyat

Tolong baca komen dalam imej ini:


Putrajaya: Ku Nan Mendahului Husam Musa

Sehingga Jam 1 petang ini, hampir 65% pengundi Putrajaya telah keluar mengundi. Parlimen Putrajaya memperlihatkan pertandingan 1 lawan 1 antara BN dengan Pas. BN diwakili oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, manakala Husam Musa mewakili Pas.

Menurut pemerhatian yang dibuat berdasarkan kunjungan pengundi di tempat BN dan Pakatan sebelum memasuki pusat pengundian, Ku Nan setakat ini dijangka mendahului dengan 7 ribu undi berbanding Husam sekitar 3,000 undi.

Pakatan Sasar Kaum India Sebagai Pengundi Hantu

Pakatan Rakyat terutamanya kaum Cina dalam DAP sekarang ini mensasarkan kaum India Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu untuk ditangkap sebagai pengundi hantu. Modus Operandi mereka ialah berbual seperti orang biasa terlebih dahulu. 

Apabila mereka mendapat ada antara kaum India yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan fasih, mereka akan mula menggunakan telefon bimbit dan merakam kejadian. Mereka juga mensasarkan ramai pengundi kaum India yang sebelum ini ditanggal di estet-estet pada tahun 60-an dan 70an yang tidak mendapat suntikan BCG. 

Taktik mereka ini ialah wujudkan kekecohan dan serahkan kepada Polis seolah-olah individu terbabit merupakan warganegara asing. 

KES 1 

Setakat ini dua kes kekecohan yang berlaku terbukti ia sengaja diwujudkan tanpa asas. Satu kes di Cheras, Polis dan JPN mendapati individu terbabit sememangnya warganegara Malaysia. Malah ibu bapanya juga merupakan warganegara Malaysia. 

 

Sementara kes yang kedua, Cybertrooper DAP telah merakamkan kes salah identifikasi Kaum India tetapi masih tidak mahu mengaku salah.

 

Inilah muka yang tidak tahu malu menghina kaum India di Malaysia.




BN Dijangka Menang 139 Kerusi Parlimen

Kajian terbaru sebelum hari pengundian mendapati BN akan menang dengan sekurang-kurangnya 139 kerusi. Bergantung kepada beberapa faktor lain seperti peratusan keluar mengundi kebih 85% mungkin akan membantu BN mendapat sehingga 148 kerusi, majoriti 2/3.

Berikut ialah senarai kawasan Parlimen yang dijangka akan dimenangi oleh Barisan Nasional hari ini.






RED ALERT: PUTRAJAYA DIANCAM PENYOKONG PAS DAN PKR

Hampir 200 orang berkenderaan membawa bendera Pas dan PKR mengelilingi Putrajaya malam ini bagi menunjukkan kekuatan dan mencetuskan ketakutan kepada Pengundi Putrajaya agar tidak keluar mengundi esok.

Gambar-gambar ini dirakam berhampiran Bilik Gerakan BN, di Putrajaya






Blogger Pakatan Rakyat Mengaku Mereka Akan Kalah

Blogger SuaraPakatanRakyat.com yang terkenal sebagai jurucakap PKR dan DAP hari ini mengakui bahawa mereka hampir tewas sebelum bertanding dalam pilihan raya kali ini. Menurut penulisnya,

MAKLUMAT terkini dari bilik perang (war room) Pakatan Rakyat di Tropicana dan perisikan tentera menunjukkan BN akan menang dengan 146 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 76 kerusi.
Laporan dari beberapa bilik perang Pakatan Rakyat yang lain seperti di Pulau Pinang dan Jalan Raja Laut juga, tidak menunjukkan banyak perbezaan.
Berdasarkan pengalaman lepas, laporan perisikan seumpama ini mempunyai margin tambah tolak (plus/minus) antara 5% – 10%.
Walaupun BN masih gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen, tapi yang nyata, Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk menawan Putrajaya dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dari jumlah tersebut, DAP menang 38 kerusi dari 51 kerusi yang ditandingi mereka – peningkatan 10 kerusi berbanding pilihanraya umum 2008. Kerusi PAS pula susut kepada 21 kerusi, berbanding 23 kerusi pada 2008, manakala yang paling teruk terjejas ialah PKR yang hanya menang di 17 kerusi parlimen, hampir separuh kurang berbanding keputusan 2008 (31 kerusi).
Laporan ini menepati ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa BN akan berjaya mengekalkan Putrajaya buat tempoh sepenggal lagi. Dengan tempoh berkempen tamat tepat jam 12 tengah malam ini, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menaikkan lagi peluang kemenangan.
Dari apa yang kami difahamkan, banyak isu-isu saat akhir yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat kali ini, antaranya tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din kelmarin yang membangkitkan soal perlaksanaan hudud. Selain itu, gesaan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez agar penyokong DAP tidak mengundi PAS juga, memberi kesan yang agak mendalam. - www.suarapakatanrakyat.com
Bagaimanapun sejak jam 6.30 petang tadi portal tersebut tidak lagi dapat diakses. Berikut ialah rakaman "cache" suarapakatanrakyat.com daripada google.com.


Anwar Jaja Surat Palsu Yusuf Qardawi


61% Rakyat Malaysia Percaya Najib Lakukan Terbaik - Merdeka Center

Mengikut kajian Merdeka Center


BN Kekurangan 4 Kerusi Untuk Majoriti 2/3, Pulau Pinang dan Selangor Dijangka Kalah

Oleh Ab Jalil Backer (mykmu.net)

Barisan Nasional dijangka menang 144 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada Ahad ini. Jika jumlah ini menjadi kenyataan bermakna kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kekurangan 4 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen.

Menurut sumber dalaman UMNO, Kaji selidik yang dijalankan ke atas hampir 11 juta orang dalam tempoh seminggu lalu oleh Pasukan Kaji Selidik Khas UMNO, mendapati sokongan kaum Bumiputera kepada BN akan meningkat sebanyak 15% berbanding pilihan raya lalu. Bagi undi kaum India, sokongan kepada BN sebanyak 65%. Manakala Undi kaum Cina hanya sekitar 15%.
 
BN dijangka kalah di kawasan-kawasan pengundi Cina dan India melebihi 60%. Selain itu, beberapa kerusi Parlimen milik BN sebelum ini akan hilang kepada Pas, DAP dan PKR. BN dijangka akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen bukan Melayu di Johor, Sabah dan Sarawak.

Menang di Kelantan dan Kedah

Selain itu, BN dijangka merampas kembali Kedah dan Kelantan yang memmpunyai banyak kerusi pengundi Melayu dengan majoriti mudah. BN dijangka akan menang di Kedah dengan lebih mudah berbanding Kelantan.

Sungguhpun kaji selidik terbabit mendapati BN akan menang di Kelantan, namun faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa diambil kira. Pas dijangka akan menggunakan sentimen emosi dan rayuan menjaga maruah Nik Aziz sebagai langkah terakhir menarik sokongan pengundi atas pagar. Ini merupakan cabaran terbesar BN Kelantan menjelang beberapa hari lagi sebelum pengundian.

BN Perak Kembali Kukuh

Sungguhpun banyak diperkatakan mengenai kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Perak dijangka akan kembali menjadi kubu kuat BN. Walaupun sukar untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP, BN Perak dijangka mengekalkan dua kerusi pemimpin MCA di Lumut dan Tanjung Malim. Selain itu, BN Perak juga dijangka merampas kembali kerusi Sungai Siput yang ditandingi oleh MIC.

BN Kalah Di Dua Negeri?

Kaji selidik terbabit juga mendapati Pakatan dijangka akan terus menguasai Pulau Pinang dan Selangor. Di Selangor sungguhpun kaji selidik mendapati ada perubahan sokongan kepada BN berbanding pilihan raya lalu, namun perubahan tersebut belum mencukupi untuk membolehkan BN membentuk kerajaan. Beberapa
perselisihan dalaman parti dan isu calon telah menyebabkan usaha menawan kembali Selangor agak sukar.

Namun keadaan boleh berubah dalam beberapa hari lagi jika beberapa isu tempatan dapat di atasi. Mana-mana parti yang menang di Selangor akan membentuk majoriti tipis. BN Selangor dijangka merampas kembali Parlimen Shah Alam dan Ampang, namun beberapa Parlimen lain yang dijangka menang sebelum ini agak goyah termasuk Parlimen Sepang, Pandan dan Hulu Selangor.

Sementara di Pulau Pinang, Barisan Nasional hampir pasti akan kalah seperti mana dalam pilihan raya lalu. Faktor sokongan kaum Cina kepada DAP yang begitu kuat menyukarkan usaha BN mengurangkan kerusi Pakatan. Bagaimanapun beberapa kerusi di kawasan majoriti Melayu akan kembali ditawan oleh BN.

Kaji selidik juga mendapati BN mempunyai peluang cerah untuk menang tipis di Permatang Pauh. Jumlah majoriti yang akan dimenangi oleh BN atau Pakatan di kawasan ini dianggap sekitar 500 undi penentu. Masalah di Permatang Pauh ialah pengguguran Dato Arif Shah, wakil rakyat BN yang agak popular di Seberang Jaya.

Menurut sumber dalaman UMNO, kaji selidik ini merupakan kaji selidik paling terperinci pernah dilakukan dan mengambil kira beberapa faktor pemboleh ubah, isu tempatan, isu selepas penamaan calon dan respondan yang begitu besar.