Blogger SuaraPakatanRakyat.com yang terkenal sebagai jurucakap PKR dan DAP hari ini mengakui bahawa mereka hampir tewas sebelum bertanding dalam pilihan raya kali ini. Menurut penulisnya,
MAKLUMAT terkini dari bilik perang (war room) Pakatan Rakyat di Tropicana dan perisikan tentera menunjukkan BN akan menang dengan 146 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 76 kerusi.
Laporan dari beberapa bilik perang Pakatan Rakyat yang lain seperti di Pulau Pinang dan Jalan Raja Laut juga, tidak menunjukkan banyak perbezaan.
Berdasarkan pengalaman lepas, laporan perisikan seumpama ini mempunyai margin tambah tolak (plus/minus) antara 5% – 10%.
Walaupun BN masih gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen, tapi yang nyata, Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk menawan Putrajaya dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dari jumlah tersebut, DAP menang 38 kerusi dari 51 kerusi yang ditandingi mereka – peningkatan 10 kerusi berbanding pilihanraya umum 2008. Kerusi PAS pula susut kepada 21 kerusi, berbanding 23 kerusi pada 2008, manakala yang paling teruk terjejas ialah PKR yang hanya menang di 17 kerusi parlimen, hampir separuh kurang berbanding keputusan 2008 (31 kerusi).
Laporan ini menepati ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa BN akan berjaya mengekalkan Putrajaya buat tempoh sepenggal lagi. Dengan tempoh berkempen tamat tepat jam 12 tengah malam ini, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menaikkan lagi peluang kemenangan.
Dari apa yang kami difahamkan, banyak isu-isu saat akhir yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat kali ini, antaranya tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din kelmarin yang membangkitkan soal perlaksanaan hudud. Selain itu, gesaan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez agar penyokong DAP tidak mengundi PAS juga, memberi kesan yang agak mendalam. - www.suarapakatanrakyat.com
Bagaimanapun sejak jam 6.30 petang tadi portal tersebut tidak lagi dapat diakses. Berikut ialah rakaman "cache" suarapakatanrakyat.com daripada google.com.